DASAR PERUBAHAN IKLIM NEGERI SELANGOR

Dasar Perubahan Iklim Selangor adalah dokumen komprehensif yang menggariskan pendekatan Negeri Selangor dalam berhadapan dengan kesan perubahan iklim yang turut menjadi cabaran global di pelbagai sektor dan peringkat. Dasar ini menyediakan panduan dalam usaha untuk mengimbangi pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar serta menyokong peralihan tenaga yang adil dan inklusif untuk semua sektor masyarakat.

Kesan perubahan iklim seperti peningkatan taburan hujan dan risiko banjir, kenaikan paras laut dan hakisan pantai, tekanan sumber air, dan impak ke atas pertanian dan akuakultur adalah antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia, termasuklah Negeri Selangor.

Negeri Selangor yang diiktiraf sebagai negeri paling maju di Malaysia dan penyumbang ekonomi utama negara komitmen Kerajaan Negeri dalam usaha untuk meningkatkan daya tahan terhadap kesan iklim melalui perancangan strategik dan pelaksanaan tindakan adaptasi dan mitigasi dapat diterjemahkan melalui perincian yang digariskan dalam Dasar ini. Selain daripada itu, Dasar ini juga akan memberi tumpuan kepada inisiatif peralihan tenaga di Negeri Selangor dan usaha mengurangkan intensiti pelepasan karbon dalam menyediakan Negeri Selangor ke arah pembangunan mampan, di samping menjaga kesejahteraan rakyat negeri Selangor. 

LIMA PRINSIP DASAR PERUBAHAN IKLIM

Pembangunan Secara Lestari

Pemuliharaan Alam Sekitar dan Sumber Asli

Pelaksanaan Secara Bersepadu

Penglibatan Yang Berkesan

Pemantauan dan Penilaian Yang Menyeluruh

TERAS STRATEGIK

TS1

TENAGA

TS2

INDUSTRI

TS3

SISA

TS4
PENEMPATAN, PENGANGKUTAN
DAN
INFRASTRUKTUR
TS5
PERTANIAN
DAN
KETERJAMINAN MAKANAN
TS6

AIR

TS7
PERHUTANAN DAN Biodiversiti
TS8

PINGGIRAN LAUT

TS9
KESIHATAN, KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN
TS10
Tadbir urus
rentas sektor

TERAS STRATEGIK

TS1

tenaga

TS2

Industri

TS3

sisa

TS4
penempatan, pengangkutan dan Infrastruktur
TS5
pertanian
dan
keterjaminan makanan
TS6

air

TS7
perhutanan
dan
Biodiversiti
TS8

pinggiran laut

TS9
kesihatan, keselamatan
dan
kesejahteraan
TS10
tadbir urus
rentas
sektor

PENDEKATAN PELAKSANAAN

Pelaksanaan Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor melibatkan tiga fasa seperti berikut: 

  • Fasa 1 SEHINGGA 2025

    • Kempen kesedaran

    • Penyediaan pelan tindaka bersepadu PBT

    • Penyusunan institusi termasuk penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor

    .

  • Fasa 2 SEHINGGA 2030

    Semakan semula sasaran dan pelan tindakan bersepadu PBT

    • Penyelarasan persekutuan negeri

    • Pemurnian sistem pelaporan berasaskan sasaran dan indikator

    Mobilisasi sektor swasta dan pihak berkepentingan lain

  • Fasa 3 SELEPAS 2030 

    Penetapan belanjawan hijau negeri secara menyeluruh,

    Perancangan negeri berasaskan risiko

    Perancangan adaptif dengan penglibatan masyarakat serta pihak berkepentingan lain.

Peneraju dalam penetapan dasar dan hala tuju alam sekitar dan teknologi hijau negeri Selangor dan inklusif dalam mendepani impak perubahan iklim demi kesejahteraan negara

hubungi kami

EXCO Kesihatan Awam & Alam Sekitar, Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 2, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam, Selangor, Malaysia

© 2024 All Rights Reserved.

MOHON TEMUJANJI KUTIPAN E-WASTE

Rakan kongsi kami, ERTH akan menghubungi anda SEGERA melalui WhatsApp

Sila isikan butiran anda seperti di bawah
Item Information

Request for your E-waste
to be picked up!​

Our partner ERTH will contact you ASAP via Whatsapp. Please fill in your details as below

Contact Information
Item Information

Request for your E-waste to be picked up!

Our partner ERTH will contact you ASAP via Whatsapp. Please fill in your details as below

Contact Information
Item Information

MOHON TEMUJANJI KUTIPAN E-WASTE

Rakan kongsi kami, ERTH akan menghubungi anda SEGERA melalui WhatsApp

Sila isikan butiran anda seperti di bawah
Item Information