Perubahan iklim bukan lagi ancaman masa depan—ia sudah berlaku, memberi kesan kepada bandar, komuniti, dan cara hidup kita.
Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor (SCAC) ditubuhkan untuk memastikan Selangor bersedia, berdaya tahan, dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan ini
Apa yang Kami Lakukan:

Menperkukuh Ketahanan Iklim
Membangunkan dasar dan rangka kerja untuk melindungi komuniti.

Memacu Inovasi Hijau
Menyokong perniagaan dan teknologi yang mampan.

Membina Penyelesaian Bersama
Bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memberi impak sebenar.
Memgenai kami
Selangor sedang berkembang pesat, tetapi begitu juga cabaran iklim—suhu meningkat, cuaca ekstrem, dan risiko alam sekitar semakin ketara. Untuk memastikan kelestarian jangka panjang, kita perlu menyesuaikan diri dan bertindak sekarang. Untuk membina Selangor yang berdaya tahan, SCAC menyepadukan pembangunan mampan, perlindungan alam sekitar, teknologi hijau dan perkongsian rentas sektor untuk memacu tindakan iklim yang memberi kesan dan kebolehsuaian jangka panjang. Itulah sebabnya SCAC ditubuhkan. Kami berfungsi sebagai pusat utama dalam usaha adaptasi iklim Selangor—menghubungkan dasar, teknologi, dan kerjasama untuk memastikan negeri ini bersedia menghadapi masa depan.
Pendekatan Kami
Mengatasi perubahan iklim bukan tanggungjawab satu pihak sahaja. Ia memerlukan usaha bersama dari semua sektor. SCAC menggunakan Model 3P, di mana Polisi, Rakyat, dan Perkongsian mendorong tindakan iklim yang berkesan.
Policy (Dasar)
Kami menterjemahkan matlamat iklim kepada pelan tindakan yang nyata, membentuk strategi adaptasi Selangor
People (Sumber Manusia)
Kami memperkasakan perniagaan, agensi kerajaan, dan komuniti dengan pengetahuan dan alat yang diperlukan untuk bertindak.
Partnerships (Perkongsian)
Kami bekerjasama dengan organisasi, institusi penyelidikan, dan syarikat bagi mendorong penyelesaian inovatif.
Inisiatif Utama
Di SCAC, kami tidak hanya merancang untuk masa depan – kami membinanya. Inisiatif kami memberi tumpuan kepada impak sebenar dan boleh diukur untuk menjadikan Selangor berdaya tahan iklim dan bersedia untuk masa hadapan.

Penyelesaian Dipacu Data
Mengurangkan jejak karbon Selangor melalui:
- Membangunkan inventori GHG untuk Selangor
- Menjalankan penilaian kerentanan, penyesuaian dan risiko iklim
- Memantau penggunaan tenaga bangunan untuk membuat keputusan termaklum

Usaha Mitigasi
Memperkukuh daya tahan dengan:
- Dasar kecekapan air dan tenaga
- Penggunaan tenaga boleh diperbaharui
- Pengurusan sisa mampan & inisiatif penanaman pokok

Strategi Adaptasi
Memperkukuh daya tahan dengan:
- Membina kapasiti untuk Pengurangan Risiko Bencana (DRR)
- Mempromosikan Penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi (NBS)
- Melaksanakan pendekatan Kejuruteraan Ekologi
AYUH BERKERJASAMA
SCAC ditubuhkan dengan satu kepercayaan utama: ketahanan iklim hanya dapat dicapai melalui usaha bersama. Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, perniagaan, institusi penyelidikan, agensi kerajaan, dan komuniti untuk membangunkan penyelesaian yang menjadikan Selangor lebih kuat menghadapi cabaran iklim.
Ada idea?
Mari realisasikan bersama.
Ingin berkolaborasi?
Jom cipta impak yang bermakna bersama.
E-mel:
scac.selangor@gmail.com

Sebagai peneraju dalam penetapan dasar dan hala tuju alam sekitar dan teknologi hijau Negeri Selangor dan inklusif dalam mendepani impak perubahan iklim demi kesejateraan negara.
perkongsian
Capaian pantas
hubungi kami
Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 2, Bangunan SSAAS,
40503, Shah Alam,
Selangor, Malaysia.
- E-mel: jamaliah.selangor@gmail.com
- Telefon: 03-5544 7623
- Jam: Isnin-Jumaat 9:00AM - 5:00PM
© 2025 All Rights Reserved.