Terma-Terma dan Syarat-Syarat

  1. Kempen kitar semula e-waste (“Kempen ini”) ini adalah satu program yang dianjurkan dan dipromosikan oleh Kerajaan Negeri Selangor (“Kerajaan ini”) besama Rakan Kerjasama Pengumpul E-waste yang sah iaitu ERTH, untuk penduduk Selangor mengitar semula barang elektrik atau elektronik.
  2. Setiap penyertaan adalah secara sukarela. Dengan menyertai Kempen ini, anda dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Kempen ini.
  3. Mekanisme Kempen ini adalah seperti berikut:-
      1. Peserta hendaklah mengemukakan permohonan menyertai Kempen ini melalui laman web Kempen ini iaitu www.lestariselangor.com/ewaste. Jadual temujanji kutipan e-waste akan diaturkan oleh pihak pihak ERTH berdasarkan permohonan yang diterima. 
      2. Bagi tujuan Kempen ini, E-waste merujuk kepada peralatan elektronik yang rosak, tidak berfungsi, telah digunakan dan/atau lama/ usang DAN dengan saiz tidak melebih 50cm atau berat tidak melebihi 25kg, sebagaimana yang disenaraikan di halaman rasmi Kempen ini melalui laman web www.lestariselangor.com/ewaste.  
      3. Bagi permohonan yang telah dikemukakan dan diterima, pihak ERTH akan:
        1. menghubungi peserta dalam tempoh tujuh (7) hari dari penghantaran permohonan untuk mengatur jadual kutipan/pengambilan e-waste secara percuma dengan jumlah tidak kurang daripada lima (5) unit peralatan barang elektrik atau elektronik bagi setiap premis.
        2. Bagi permohonan yang kurang daripada lima (5) unit barang elektrik atau elektronik atau barang bersaiz besar daripada suatu premis, kos kutipan mungkin akan dikenakan, dan peserta perlu bersetuju dengan kos tersebut sebelum temujanji dibuat dan membuat pembayaran bagi kos yang tersebut dibuat kepada pihak ERTH.
        3. Jika pilihan “Bayar Kepada Saya” dipilih pada borang permohonan Kempen ini, sebagai balasan kepada barang elektrik atau elektronik terpakai yang dikutip oleh pihak ERTH, pihak ERTH akan menyediakan ganjaran secara tunai melalui pindahan perbankan dalam talian atau e-wallet kepada peserta, maklumat dan jumlah ganjaran secara tunai yang tersebut adalah sebagaimana tertera di laman web pihak ERTH https://erth.app/ .
  1. Buat masa ini, kutipan daripada premis adalah terhad dalam kawasan Negeri Selangor atau kawasan-kawasan lain yang akan dikemaskini di laman web kempen dari masa ke masa.
  2. Para peserta bertanggungjawab untuk mengeluarkan kad sim, kad memori, data peribadi dan melakukan “factory reset” ke atas semua alat elektronik terpakai sebelum diserahkan untuk tujuan Kempen ini. Segala permintaan untuk pihak ERTH melakukan perkara ini adalah bergantung kepada caj tambahan dari pihak ERTH.
  3. Sekiranya terdapat apa-apa pertikaian terhadap Kempen ini atau tafsiran kepada terma dan syarat Kempen ini, keputusan Kerajaan ini adalah muktamad dan mengikat semua pihak. Sebarang surat-menyurat ataupun tuntutan tidak akan dilayan.
  4. Kerajaan ini berhak untuk menukar, meminda dan mengubah suai terma dan syarat ini dari semasa ke semasa.
  5. Terma dan syarat ini akan ditadbir dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia, dan setiap peserta dengan ini akur kepada bidang kuasa tidak eksklusif Mahkamah Malaysia
  6. Untuk sebarang pertanyaan, soalan, permohonan dan isu, sila hubungi kami melalui e-mel di info@lestariselangor.com, atau hubungi pihak ERTH di 6014-2211446

Sebagai peneraju dalam penetapan dasar dan hala tuju alam sekitar dan teknologi hijau Negeri Selangor dan inklusif dalam mendepani impak perubahan iklim demi kesejateraan negara.

hubungi kami
EXCO Kesihatan Awam & Alam Sekitar,
Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 2, Bangunan SSAAS,
40503, Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

© 2024 All Rights Reserved.

MOHON TEMUJANJI KUTIPAN E-WASTE

Rakan kongsi kami, ERTH akan menghubungi anda SEGERA melalui WhatsApp

Sila isikan butiran anda seperti di bawah
Item Information

Request for your E-waste
to be picked up!​

Our partner ERTH will contact you ASAP via Whatsapp. Please fill in your details as below

Contact Information
Item Information

Request for your E-waste to be picked up!

Our partner ERTH will contact you ASAP via Whatsapp. Please fill in your details as below

Contact Information
Item Information

MOHON TEMUJANJI KUTIPAN E-WASTE

Rakan kongsi kami, ERTH akan menghubungi anda SEGERA melalui WhatsApp

Sila isikan butiran anda seperti di bawah
Item Information